BENTUK 2 DIMENSI ( 2D )

00:36 Edit This 0 Comments »

Assalamualaikum murid-murid………………
Hari ini cikgu akan mengajar satu tajuk yang sangat menarik iaitu bentuk dua dimensi (2D). sebelum kita belajar lebih lanjut lagi, apa kata kita berkenalan dulu dengan DEFINISI bentuk 2D dan JENIS-JENIS bentuk 2D.

DEFINISI BENTUK 2D
Bentuk 2D ialah bentuk yang mengandungi 2 dimensi iaitu panjang dan lebar kecuali satu bentuk iaitu bulatan. Ia mempunyai permukaan rata dan sisi sama ada lurus atau melengkung.


JENIS-JENIS BENTUK 2D
1.       Segiempat sama
2.       Segiempat tepat
3.       Segitiga
4.       Bulatan

Di sini cikgu sediakan gambar bentuk 2D untuk kefahaman murid-murid



CIRI-CIRI BENTUK 2D
1.       Bentuk 2D mempunyai panjang dan lebar kecuali bulatan.
2.       Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
3.       Bentuk 2D mempunyai sisi yang lurus kecuali bulatan.
4.       Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bulatan.

CONTOH BENTUK 2D DAN CIRI-CIRI

1. 

a)      Ada 4 bucu
b)      Ada 4 sisi lurus yang sama panjang
c)       Ada 1 permukaan rata

2.

a)      Ada 4 bucu
b)      Ada 4 sisi lurus ( 2 pasang sisi yang panjang berlainan)
c)       Ada 1 permukaan rata
3.

a)      Ada 3 bucu
b)      Ada 3 sisi lurus yang sama panjang
c)       Ada 1 permukaan rata
4.

a)      Ada 1 sisi melengkung
b)      Ada 1 permukaan rata

REHAT MINDA
NYANYIAN : ( bertemakan haiwan sesuai untuk minggu transisi dan boleh digunakan untuk semua mata      pelajaran )



1.       Anak Ayam



2.       Anak Itik Tok Wi




3. Anak Rusa Nani

4.       Enjit-enjit Semut

5.       Ikan Kekek


6.       Rama-Rama


JOM MURID-MURID KITA MENJAWAB SOALAN
LATIHAN 1
Latihan

0 comments: